Loveablefashion's Blog

Kenali Gaya: Fesyen gaya Muslimah

Posted on: July 20, 2009

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my

SOALAN:

SAYA seorang wanita yang bertudung dan sangat meminati fesyen Muslimah masa kini. Bagaimanapun, saya kekurangan maklumat dan tidak mempunyai kepandaian di dalam mengatur gaya sehingga membuatkan saya tidak yakin untuk berfesyen. Ketinggian saya 164 sentimeter dengan berat 49 kilogram.

NURUL

JAWAPAN:

IMEJ bertudung gaya paling popular ketika ini. Ini kerana masyarakat kini lebih berani untuk bangkit bergaya seiring dengan pembangunan negara yang pesat. Persoalannya adakah stail yang dibawa bertepatan ataupun sekadar menjadi mangsa fesyen.

Fesyen Muslimah dikategorikan di dalam kelompok gaya tersendiri dan ia berbeza dengan fesyen anggun sopan yang lebih merujuk kepada gaya yang sering digayakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Gaya Muslimah memperuntukkan seseorang itu harus mengetahui syarat berpakaian Muslimah seperti pemilihan warna yang tidak terlalu menonjol, silhouette (bayangan) tidak mengikut bentuk badan, fabrik tidak jarang dan cara bertudung dengan betul. Ini supaya seseorang itu tidak terkeluar daripada landasan fesyen Muslimah.

Gaya bertepatan adalah pemakaian kaftan dengan pemilihan warna tanah ataupun biru laut. Selain itu, kaftan paras lutut boleh digayakan bersama seluar palazo, manakala pemilihan fabrik jarang seperti chiffon dan georgette boleh dipakai tetapi mesti berlapik fabrik lain, sebagai contoh, fabrik satin.

Untuk nampak berani dan terampil, seseorang itu boleh menggunakan fabrik bermotif sebagai contoh corak ‘gingham’ dan geometrik yang menjadi trend corak terkini dalam persada fesyen antarabangsa.

Pemilihan material tudung boleh disesuaikan mengikut acara dihadiri. Penggunaan fabrik memberi tampak formal, ringkas serta selesa. Selain itu, tudung fabrik memberi banyak dijual di pasaran dan ia popular pada ketika ini.

Padanan aksesori bersesuaian dengan gaya Muslimah amat penting di dalam membentuk sesuatu gaya. Mereka yang bertudung haruslah berwaspada dan bijak dalam memilih aksesori supaya ia tidak nampak sarat.

Lakaran kali ini, Rizman Ruzaini mengetengahkan rekaan kaftan dan palazzo yang longgar serta sesuai untuk wanita Muslimah berkerjaya. Ia juga sesuai untuk bersantai.

Teknik yang digunakan adalah pin tuck dan drapping di bahagian dada dan labuh baju serta susunan batu swaroski di leher baju. Penggunaan teknik tersebut adalah untuk memanipulasi bentuk badan supaya ia kelihatan lebih sopan dan kurus. Warna kelabu dan biru firus gelap adalah pilihan warna yang sesuai untuk Muslimah.

PROFIL: RizmanRuzaini

* Rizman dari Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Ruzaini dari Kamunting, Taiping, Perak mengasaskan label RizmanRuzaini

* Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Fesyen, UiTM Shah Alam

* Melakar nama melalui pertandingan fesyen Jarum Berlian 2003, Trofi Pesona Pengantin 2004 dan Mifa8 2007

* RizmanRuzaini menjadi pilihan ramai selebriti dan kenamaan, antaranya Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Zahida Rafik, Fazura, Noryn Aziz, kerabat diraja Selangor, Johor, Terengganu dan Pahang.

* Mereka boleh dihubungi di talian 017 4766 004 atau e-mel rizman_ruzaini@yahoo.com. Boleh juga layari laman web http://www.rizmanruzaini.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Become Fan

FB.init("c93b8636f95e3f59308e69ca59faeacf");

loveable fashion on Facebook
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: